1. Sehubungan itu, seorang orientalis Inggeris,
Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:
“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”
“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”
Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf
khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan
mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah
pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak
termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.
Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk
memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin
dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam.
Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan
dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.
2. Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah
dilaporkan berkata,
“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”
“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”
Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu
tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah
Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahwa pihak
Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai
Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.
Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih
peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini
kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti
tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan
bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran
mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.
Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk
mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula
mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan
tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?
3. A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah
menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi.
Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa
isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa
besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang
yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam.
Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka terhadap umat dan
negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5
dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan
seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.
Wallahualam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar