Kitab As-Suluk menerangkan bahawa Malaikat Maut
(Israil) mempunyai ranjang di langit yang ketujuh. Dan dalam riwayat lain
mengatakan di langit yang keenam. Ia mempunyai 70,000 kaki dan 4,000 sayap.
Seluruh tubuhnya dipenuhi mata dan mulut.
Tiada satu makhlukpun yang terlepas daripada
pengawasan dan kekuasaan tubuhnya. Jumlah wajah, mata, tangan dan telinganya
menurut ramainya para manusia.
Dia mencabut nyawa dengan tangan dengan muka yang
searah dengan manusia. Begitulah ia mencabut seluruh makhluk di merata tempat.
Jika satu nyawa meninggal, maka hilanglah rupa tubuh makhluk tersebut dari
tubuhnya. Begitulah juga semua mata-mata yang berada di tubuhnya akan musnah
satu persatu mengikut bilangan nyawa yang telah dicabutnya sehinggalah kesemua
makhluk mati kecuali tinggal 8 makhluk iaitu Israfil, Mikail, Jibril, Izrail
dan Hamalatul Arsy.
Dikatakan dia berwajah empat, satu wajah di muka,
satu wajah di kepala, satu dipunggung dan satu lagi di telapak kakinya. Dia
mengambil nyawa para nabi dari wajah kepalanya, nyawa orang mukmin dengan wajah
mukanya, nyawa orang kafir dengan wajah punggung dan nyawa seluruh jin dengan
wajah tapak kakinya.
Sebelah kakinya berada di jambatan neraka dan sebelah
lagi di Syurga. Andaikata dituangkan seluruh laut dan sungai ke atas kepalanya,
nescaya tidak akan jatuh walau setiitk airpun ke bumi menunnjukkan betapa
besarnya jasadnya.
Malaikat Maut telah bertanya kepada Allah SWT tentang
cara mencabut nyawa seseorang itu katanya : “Wahai Tuhanku, katakanlah kepadaku
bagaimanakah akau hendak mencabut nyawa seseorang itu dan dalam keadaan yang
macam mana ?”
Allah SWT menjawab : “Wahai Malaikat Maut, ilmu itu
adalah asing sekali. Tiada siapapun yang mengerti kecauli Aku tetapi Aku akan
memberitahu kedatangan waktunya kepadamu dan Aku buat tanda-tanda kepadamu yang
berdiri padanya”.
Menurut Kabil Akbar katanya : “Allah SWT telah
menciptakan sebuah pohon di bawah Arsy yang mana daunnya sama banyak dengan
bilangan makhluk yang Allah ciptakan. Jika seseorang itu telah diputuskan
ajalnya, maka umurnya tinggal 40 hari dari hari yang diputuskan. Maka jatuhlah
daun itu kepada Malaikat Maut, tahulah bahawa dia telah diperintahkan untuk
mencabut nyawa orang yang tertulis pada daun tersebut.
Setelah itu mereka menyebut orang yang tertulis pada
daun tersebut sebagai mayat di langit, padahal dia masih hidup di dunia untuk
tempoh 40 hari.
Kemudian akan jatuh dua titisan dari arah Arsy pada
daun tersebut iaitu sama ada titisan hijau ataupun putih. Hijau menandakan
bakal si mayat akan mendapat kecelakaan sementara putih mengambarkan dia akan
mendapat kebahagiaan.
Untuk mengetahui tempat ia mati pula, Allah telah
menciptakan malaikat Arham yang akan diperintahkan untuk memasuki sperma yang
berada dalam rahim ibu dengan debu bumi yang akan diketahui di mana ia akan
mati dan di situlah kelak ia pasti akan menemui ajalnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar