Diriwayatkan
oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi
Isa:
“Beliau
akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai
pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat.
Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat
kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”
Berdasarkan
hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di
sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada
berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah
timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah
timur Damsyik.”
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.
Diriwayatkan
oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu
dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan
akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di
antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk
me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai
pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan
kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga
nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan
membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti
dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga
harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan
ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama
empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum
muslimin.”
Muhammad
s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya
Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam
bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu
bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan
sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama
langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada
Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.
Isa
a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu
sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit.
Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan
membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama
Islam.
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal:
“Ya
Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?”
Rasulullah
s.a.w menjawab:
“Jumlah
mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai
Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).
“Ketika
Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba
datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa
untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu
berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka
sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.
“Selesai
solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka
pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada
70,000 Yahudi lengkap membawa senjata. ”Melihat Nabi Isa ada di dalam
masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami
air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum
Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di
sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.
“Orang-orang
Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan
bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap
atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding,
batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di
balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga
satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya,
pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang
Yahudi, bunuhlah dia.”
Kata
Rasulullah s.a.w lagi:
“Dajal
akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti
setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan
pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu
masuk kota
Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun
masuk waktu malam.”
Mendengar
yang demikian ada yang bertanya:
“Bagaimana
kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?”
Rasulullah
s.a.w menjawab:
“Ukur
sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.”
Rasulullah
s.a.w berkata:
“Isa
bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan
menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi.
Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu
membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang
berhak menerimanya.
“Pada
hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling
cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah.
Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu
tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia
ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan
ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada
yang disembah selain Allah.
“Orang
Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan
cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga
manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang
memakannya.”
Ibnu
Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini
dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain
yang hampir sama maksudnya dengannya.
Di
antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Kamu
akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan
sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim,
di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”
Menurut
riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada
zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah
ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.
Dari
Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sudah
hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan
membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai
kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud
kepada Allah Tuhan sekalian alam.”
Diriwayatkan
oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w:
“Pada
malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa
a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada
Ibrahim.
Tetapi
beliau hanya menjawab:
“Tidak
ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.”
Mereka
tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab:
“Aku
tidak tahu tentang kiamat. Cuba
kalian tanyakan kepada Isa.”
“Mereka
tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata:
“Sebenarnya
tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan
Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat
pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya
timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang
kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai
orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah
dia.”
Kata
Nabi Isa lagi:
“Setelah
Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka
masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni
bertebaran dari segenap penjuru. Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka
semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka
memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan
buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua
habis mereka minum.”
Tambah
beliau lagi:
“Orang-orang
mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga
mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka
itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar
lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di
mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan
lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke
laut.”
Diriwayatkan
oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Belum
terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji
dan umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan
Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan
untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah
mengerjakan haji.”
Sebelum
ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa
a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam
sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama
7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu
Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa
diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7
tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun
memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40
tahun. Wallahu A’lam.
Menurut
Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj
akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa
Nabi Isa pada satu malam. Ada
juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun
nanti. Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi
sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi
Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan
dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.
Menurut
riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi
Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan
kuburan yang keempat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar