kpd pembaca sekalian..tajuk kali ini agak
berat dan sukar hendak diterima akal..anda diminta membuka minda dan
melapangkan fikiran..
Isi dibawah adlah satu teori dan adalah
terpulang kpd pemikiran akal saudara2 sendiri samada utk mempercayai atau
tidak..
Orang Islam, Yahudi dan Nasrani percaya
bahawa Adam a.s. adalah bapa mereka semua, ertinya Adam a.s. dan Siti Hawa
adalah nenek moyang semua manusia yang hidup zaman berzaman. Mereka adalah
‘manusia’ pertama yang diturunkan ke bumi.‘Manusia’ itu setakat yang saya
fahami adalah makhluk berakal keturunan Adam a.s. bermula dari Adam a.s. (dalam
konteks planet bumi) yang diajarkan berkata-kata, menulis dan membaca oleh
Allah s.w.t. Akal yang ada pada manusia di planet bumi ini mampu memahami semua
ini, dan ia digunakan untuk mengkaji serta menyelesaikan masalah dan
menghasilkan teknologi. Allah telah mensyariatkan Islam kepada manusia bermula
dari Adam a.s.
Sebelum saya paparkan pada anda artikel
yang ditulis, ada baiknya saya sertakan di sini mafhum firman Allah yang
menyentuh kisah kejadian Adam a.s. Saya harap anda dapat meneliti ayat-ayat ini
untuk memahami mengapa dikatakan bahawa tidak mustahil ada humanoid di bumi ini
sebelum Adam a.s. ‘diturunkan’ dan mungkin humanoid itu suka berperang dan
bertumpah darah.
Walau apa pun, saya harap anda semua
dapat menerima catatan nation_kingdom sebagai ‘pembuka fikiran’ kita semua dan
sebagai penggalak agar bijak pandai Islam mengkaji dengan lebih serius untuk
memecahkan persoalan ‘manusia’ sebelum Adam. Namun satu perkara sudah jelas:
Kita semua adalah dari keturunan Adam a.s. dan Adam a.s. bukan berasal dari
beruk sebagaimana pendapat Darwin,
para pengikutnya serta pendokong Neo-Darwinism. Pada pendapat saya, Adam a.s.
dan keturunannya tiada pertalian darah langsung dengan ‘humanoid’ sebelum Adam
a.s. Adam dijadikan khalifah (pemimpin atau pengganti) kepada sesiapa yang
pernah menghuni dan menguasai planet bumi sebelum itu.
‘Dialah (Allah) yang menjadikan untuk
kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah
(bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia
Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman
kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.
Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku
mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya’. (Surah Al-Baqarah 2: Ayat
29-30).
Sebagai umat Islam, adalah menjadi rukun
kepada kita untuk mempercayai bahawa moyang kita yang pertama adalah Nabi Adam
A.S. dan isterinya Siti Hawa. Namun timbul keraguan kepada saya yang jahil ini;
adakah benar Adam itu adalah manusia pertama yang berjalan di muka bumi ini.
Persoalan ini timbul adalah berdasarkan pengamatan saya selama 9 tahun yang
menjurus kepada penemuan akan beberapa klu-klu penting. Adalah ditegaskan
tegaskan di sini bahawa saya sama sekali tidak menafikan bahawa salasilah
sekalian manusia yang ada di dunia ini bermula daripada seorang manusia
sempurna bernama Adam A.S. Selain agama Islam, ia juga adalah pegangan penganut
agama Kristian dan Yahudi.
Dalam artikel ini, saya mengistilahkan
manusia awal yakni sebelum Nabi Adam diturunkan ke dunia sebagai humanoid demi
untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang mungkin timbul berikutan pegangan
kita sekarang bahawa tiada manusia sebelum Adam. Saya juga bukanlah ahli di
dalam lapangan ketamadunan manusia; mahupun pakar kitab. Namun saya dengan
sedaya-upaya cuba
menyampaikan pemikiran saya melalui susunan kata-kata di dalam artikel ini
supaya mudah diterima orang kerana saya percaya sudah tentu ada orang yang yang
amat berminat dengan paradigma baru ini; terutama individu yang sering diburu
persoalan-persoalan akan sejarah kehidupan manusia yang mengelirukan.
Sepanjang kajian dan pengamatan saya,
terdapat empat klu utama yang mendorong saya untuk mempercayai bahawa terdapat
humanoid-humanoid yang wujud lama sebelum Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa
diturunkan ke bumi.
Klu 1: Ketandusan Ilmu Manusia Awal
Sebagai seorang nabi sudah tentunya Allah
Taala mengurniakan kapadanya ilmu yang selayaknya bagi seorang manusia untuk
menjalankan tigasnya sebagai khalifah di muka bumi. Fakta ini telahpun
termaktub di dalam Surah al-Baqarah, ayat 31-33 yang bermaksud;
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan
segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat
lalu Ia berfirman; ‘Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika
kamu golongan yang benar’. Malaikat itu menjawab; ‘Maha Suci Engkau (ya Allah)!
Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami;
sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana’. Allah
berfirman; Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.
Allah Taala juga telah mengurniakan api
untuk kegunaan manusia melalui Adam. Riwayat menceritakan bahawa api yang ada
di bumi sekarang ini hanyalah percikkan bunga api neraka yang sebesar zarah.
Malaikat Jibril-lah yang telah diperintahkan untuk mengambilnya daripada
malaikat Zabaniah. Oleh sebab kepanasan yang keterlaluan, api neraka sebesar
zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya ke dalam 70 batang sungai di
syurga dan 70 celupan di setiap batang sungai (70X70). Kemudian Jibril A.S. pun
membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yang tinggi.
Tetapi sejurus setelah diletakan, tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair; maka
cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Maka, hanya sisa-sisanya sahajalah yang kita gunakan pada hari ini. Konklusi,
peristiwa ini jelas menerangkan kepada kita bahawa umat manusia yang pertama
berada di muka bumi iaitu Adam sudah awal-awal lagi menggunakan api untuk
kehidupan seharian.
Walaupun begitu, ahli sarjana arkeologi barat
telah mendedahkan bahawa selama beberapa kurun, humanoid yang dianggap sebagai
manusia pertama selama ini tidak tahu menggunakan api baik untuk memasak,
memanaskan badan, mahupun sebagai pertahanan diri. Kehadiran humanoid ini dapat
dikesan di Hadar, Ethopia; Olduvai Gorge an Laetoli, Tanzania;
Timur Turkana, Kenya; dan di sekitar Afrika Timur.
Tapak-tapak arkeologi ini mengandungi bukti kewujudan spesis bipedal (bejalan
tegak dengan dua kaki). Mereka hanya tahu menggunakan api 3 juta tahun kemudian
(1.4 juta S.M). Adalah dipercayai penemu api yang pertama ialah spesis Homo
erectus di gua Zhoukoudian,
China.
Gua tersebut suatu masa dahulu
(sepertimana juga hari ini) bukan sahaja dihuni oleh humanoid malah burung
hantu dan juga kelawar. Longgokkan najis kelawar di dalam gua yang kaya dengan
potassium nitrate mungkin terbakar akibat suhu tinggi ataupun oleh percikan
elektrik statik. Walaupun begitu, pendapat utama bagaimana humanoid primitif
mendapat api adalah daripada kebakaran hutan akibat panahan petir. Mereka mula
makan makanan yang masak apabila tiada pilihan lain selain daripada memakan
haiwan yang mati terbakar dalam kebakaran, dan secara kebetulan rasanya lebih
enak daripada dimakan mentah.
Klu pertama ini membuktikan bahawa
humanoid-humanoid primitif ini tidak sealiran darah dengan Nabi Adam A.S. Ini
adalah kerana dalam paradigma sejarah sekarang, masa yang berlalu telah
menyaksikan kemajuan demi kemajuan manusia dalam bidang teknologi; dan bukannya
kemunduran (walaupun terdapat kemelesetan dari segi moral mahupun ekonomi).
Jika spesis humanoid primitif ini adalah berketurunan Adam, maka zaman-zaman
yang telah berlalu menjadi saksi kepada kemunduran yang teruk kepada sesuatu
bangsa bersasal daripada sekumpulan manusia yang berilmu dan senonoh; kemudiannya
beransur-ansur berkembang kepada makhluk yang tak bertamadun, bodoh, kotor,
makan haiwan mentah, dan bogel; sama seperti yang anda dapat saksikan dalam
buku-buku rujukan arkeologi sekarang.
Idea utama yang ada dalam fikiran saya
ialah; bumi sekali lagi telah mengalami proses penseterilan selepas yang
pertama menyebabkan kepupusan spesis dinasor. Malangnya saya tidak dapat
membincangkan tentang apa atau bagaimana penseterilan kedua tersebut terjadi
kerana hal tersebut bukanlah dalam lingkungan pengetahuan, sebaliknya ia harus
dikaji oleh pakar di dalam lapangan tersebut. Namun apa yang pasti, kesan
kejadian tersebut telah menyebabkan kepupusan spesis-spesis manusia awal yang
hidup pada zaman ais, zaman baru, dan zaman logam. Kesemua golongan manusia ini
tidak mempunyai sistem tulisan sebuah elemen tamadun yang terpenting. Namun apa
yang ada hanyalah klu-klu melalui lukisan pada dinding-dinding gua yang
memberitahu sedikit-sebanyak tentang kehidupan mereka sehari-harian.
Klu 2: Kalendar Adam
Pada dasarnya, Kalendar Adam adalah
setara dengan Kalendar Gregorian (Masihi) tetapi dengan offset pada permulaan.
Tahun masihi diukur bermula daripada kelahiran Nabi Isa A.S. dan tahun-tahun
sebelumnya disebut sebagai sebelum masihi (S.M). Kalendar Adam pula diukur bermula
daripada hari peristiwa Nabi Adam A.S diturunkan ke muka bumi. Idea kalendar
Adam ini telah dicetuskan oleh En. Mohd Fadhil Hassan bertujuan untuk
memudahkan pengiraan detik-detik peristiwa sejarah terutama sekali yang berlaku
dalam tahun-tahun sebelum masihi. Kalendar ini pernah diketengahkan dalam
majalah Mastika, Januari 2006.
Kalendar Adam dihasilkan melalui
pengamatan dan kajian Fadhil selama 10 tahun. Walaupun begitu, beliau
menyatakan bahawa kalendar tersebut masih terbuka kepada pembetulan dan kajian
yang lebih mendalam. Beberapa penemuan fakta penting yang beliau dapati ialah:
1.
Nabi
Adam A.S. dan Siti Hawa dikurniakan dengan ramai anak. Setetengah pendapat
menyatakan ramainya adalah 120 orang, manakala ada juga yang berpendapat 80
orang. Manusia sempurna inilah yang telah mencetuskan ketamadunan manusia.
2.
Nabi
Ibrahim A.S. berpindah ke Mesir pada 1900 S.M. ketika berumur 40 tahun. Ini
bermakna Nabi Ibrahim lahir pada tahun 1940 S.M.
3.
Selang
masa di antara Nabi Nuh dengan Nabi Ibrahim ialah 2140 tahun. Ini bermakna Nabi
Nuh wafat pada tahun 4080 S.M.
4.
Nabi
Nuh dikatakan mempunyai umur yang panjang iaitu 950 tahun. Ini bermakna Nabi
Nuh Lahir pada tahun 5030 S.M.
5.
Selang
masa antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh adalah 2000 tahun. Ertinya Nabi Adam
wafat pada 7030 S.M.
6.
Nabi
Adam mempunyai umur yang paling panjang, iaitu 1000 tahun. Maka Nabi adam di
turunkan ke dunia pada tahun 8030 S.M. Pada detik ini juga bermulanya Kalendar
Adam.
Daripada fakta-fakta di atas maka
dapatlah disimpulkan bahawa sekarang (tahun 2006) adalah bersamaan dengan 10036
Tahun Adam (T.A). Alangkah mudanya ketemadunan manusia ini jika hendak
dibandingkan dengan apa yang dipanggil selama ini oleh sains arkeologi sebagai
permulaan manusia pertama yang wujud 4.4 juta tahun yang lalu!
Seandainya segala output daripada segala
kajian yang di buat oleh En. Fadhil tepat, maka terbuktilah bahawa segala
makhluk yang berbentuk seperti manusia (humanoid) yang wujud sebelum 10036
tahun yang lalu tiada pertalian darah dengan manusia selepas Adam, lalu tidak
layak untuk dipanggil sebagai manusia. Namun adalah diluar pengetahuan samada
spesis tersebut telah dipupuskan oleh Allah Taala secara keseluruhannya,
ataupun masih wujud segelintir darinya sehingga zaman sekarang. Mungkin inilah
mahkhluk misteri yang sekarang dianggap orang sebagai Big Foot yang membuatkan
manusia melakukan pelbagai andaian tentangnya.
Timeline yang kedua ini telah dihasilkan
oleh saintis yang berpegang kepada teori evolusi Charles Darwin manusia berasal
daripada monyet. Jikalau dahulu saya memang menentang teori ini bulat-bulat
kerana ia bercanggah dengan asas agama Islam. Namun sekarang saya tidak begitu
mengambil peduli kerana mungkin ada benarnya pendapat itu. Rupabentuk manusia
awal sebelum Adam mungkin seperti beruk yang berbulu lebat. Tak siapa tahu
tentang hal ini kerana tinggalan mereka yang ada kini hanyalah tulang-temulang,
jauh sekali cebisan-cebisan kulit atau rambut. Alangkah baiknya sekiranya
terdapat antara humanoid-hominid ini terfosil di dalam ais (seperti yang terjadi
pada gajah mammoth); maka bolehlah kita lihat bagaimana sebenar-benarnya rupa
mereka.
Walaupun begitu, ternya kelas mereka
lebih tinggi daripada hidup-hidupan lain yang terdapat pada zaman tersebut itu
kerana mereka berupaya menghasilkan peralatan daripada batu dan melukis pada
dinding-dinding gua. Anda mungkin pernah didedahkan dengan haiwan-haiwan
primitif yang seperti dinasor, gajah mamonth, pepatung gergasi, nyamuk gergasi,
dan burung pra-sejarah. Tetapi pernahkah anda tahu akan monyet-monyet pra-sejarah
yang hidup bersama-sama manusia primitif? Nampaknya telah berlaku kesilapan
sangat besar dalam sistem kategori spesis-spesis primat primitif ini. Kesemua
spesis primat yang ada pada zaman sebelum Adam telah digolongkan dan dilebelkan
sebagai manusia awal (tidak kira yang berakal atau tidak) bermula seja zaman
ais lagi. Ini adalah kerana pengelasan spesis-spesis tersebut dilakukan oleh
ahli-ahli sains yang menganuti Teori Evolusi Charles Darwin kesemua manusia dan
monyet yang ada di dunia ini bermoyangkan sejenis monyet (common ancestor).
Klu 3: Tiada Ketamadunan sebelum 10000
tahun lalu.
Ketamadunan yang pertama hanya bermula
kira-kira 3000 tahun selepas Adam diturunkan (menurut kalendar Adam) ke dunia
apabila pertanian jagung bermula di Mexico iaitu pada 5000 S.M. Dunia
seterusnya menyaksikan tumbuhnya kerajaan-kerajaan silam yang tersohor (sebelum
masihi) bermula dengan kerajaan Sumeria (3400 S.M), dinasti pertama kerajaan
Mesir (2350 S.M.), empayar Akkadian atau Mesopotamia (2205 S.M), dinasti Xiao di
China (1600 S.M.), tamadun Minoan (1380 S.M.), Babylon (597 S.M), Republik Rom
(509 S.M), dan berakhir dengan empayar Roman (27 S.M.). Selain daripada itu,
banyak lagi ciptaan manusia yang mengkagumkan seperti pembinaan Tembok Besar China yang siap
pada tahun 27 S.M.
Secara kesimpulannya ketamadunan manusia
berkembang dengan pesat selepas 3000 tahun turunnya Adam ke dunia, dan selepas
ramainya keturunan Adam di bumi ini. Inilah bukti yang kukuh bahawa peningkatan
kehidupan manusia yang pesat hanya boleh dilakukan oleh manusia yang sempurna
keturunan Nabi Adam dan Siti Hawa. Manusia yang terdahulu daripada Nabi Adam
tidak mempunyai apa-apa teknologi selain daripada peralatan batu, tanah liat
dan logam yang ringkas, sedangkan mereka sudah wujud sejak berjuta-juta tahun
(tanpa sebarang pembaharuan teknologi yang nyata). Sesungguhnya mereka tidak
boleh dibandingkan dengan keturunan Nabi Adam yang boleh membuat pembaharuan
yang drastik dalam jangkamasa hanya 10000 tahun!
Klu 4: Keengganan Bumi
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan
kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya
untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke
bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi
khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan,
kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi.
Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan
selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi
masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang
aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan,
bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan
atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah
kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.
Setelah Izrail mengambil beberapa jenis
tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama
engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak
akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang
dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak
akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu
bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
* * * * * * * * * * * * * * *
Berikut merupakan riwayat yang
menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada
bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil
tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut
rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi
maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan
yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat
yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan
gajah, lembu, atau unta? Ini jelas menjukkan hanya spesis humanoid sebelum Adam
telah melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak disukai oleh bumi.
Banyak antara kerosakan ini dapat
dibuktikan di benua Autralia. Australia
dianggap sebagai pusat kajian yang terpenting kerana ia dikelilingi oleh lautan
dan susananya bebas dari humanoid sehinggalah 50000 tahun yang lalu. Kajian
yang dijalankan di sini berupaya untuk menunjukkan perbezaan sesuatu kawasan
sebelum dan selepas kehadiran humanoid.
Menurut kajian yang dijalankan oleh
Nicolle Rager Fuller (2005) dari National Science Foundation; Ujian isotop
karbon fosil-fosil telur spesis burung yang tidak terbang di Australia mendapati
humanoid telah menggunakan api secara melampau. Hal ini telah membawa perubahan
yang drastik kepada ekosistem yang menyebabkan kepupusan secara besar-besaran
sejumlah spesis haiwan di kepulauan tersebut 50000 tahun yang lalu tahun yang
sama dengan ketibaan humanoid. Diet yang tetap selama 140000 tahun untuk spesis
burung tersebut telah bertukar (terjejas apabila humanoid tiba di kepulauan
tersebut.) daripada rumpai yang bernutrien (padi, gandum, atau beri) kepada
sampah gurun (desert scrub).
Gangguan pada ekosistem ini juga telah
menggugat kewujudan mamalia-mamalia besar di Australia, yang juga mengalami
kepupusan sejurus kehadiran humanoid. Profesor Gifford Miller (2005) dari
CU-Boulder’s Institute of Arctic and Alpine Research menafikan kepupusan tersebut
adalah kerana perubahan suasana iklim kerana kajian menunjukkan tiada bukti
perubahan iklim yang nyata yang disepanjang tempoh tersebut yang boleh
menyokong pendapat ini. Berikutan itu, ramai ahli sains percaya bahawa
manusialah yang menyebabkan kepupusan tersebut samada melalui pemburuan
melampau, penularan wabak, atau pembakaran habitat-habitat semulajadi. Kajian
isotopik (ujian karbon) terhadap fosil-fosil telur burung emu dan genyornis
(bersaiz seperti burung unta moden) mendedahkan bahawa ekosistem flora juga
mengalami perubahan sejak ketibaan humanoid.
Selain burung, mamalia-mamalia besar juga
pernah wujud seiringan dengan humanoid suatu ketika dahulu di Australia seperti
gajah mammoth, mastodons, saber-toothed tiger, singa marsupial (Thylacoleo carnifex
marsupial terbesar pernah wujud) dan kuda asli Amerika. Kepupusan spesis ini
berlaku pada lewat zaman Pleistocene (lihat timeline). Pendapat bahawa
perubahan iklim global menjadi faktor penyumbang kepupusan juga tidak boleh
disangkal. Akan tetapi, perubahan iklim tidak menghapuskan spesis-spesis
tersebut secara drastik tetapi dengan lebih perlahan. Kepupusan drastik hanya
terjadi sejah wujudnya aktiviti pemburuan melampau oleh humanoid; yang membawa
kepada kepupusan dalam jangkamasa maksimum 1500 tahun. Pemburuan secara
blitzkrieg, dikatakan berupaya menumbangkan kewujudan sesuatu spesis fauna
dalam jangkamasa kurang daripada 500 tahun!
Di bahagian Amerika utara pula; Woolly
mammoths, giant armadillos and tiga spesies unta adalah sebahagian daripada lebih
30 mamalia yang diburu sehingga kepupusan oleh humanoid di Amerika Utara
13000-12000 tahun lampau (akhir zaman Pleistocene). Kajian ini telah dijalankan
oleh John Alroy (2001, University
of California) dengan
menggunakan sistem ecosystem modelling yang paling sofistikated dan realistik
pada ketika itu. Lebih daripada setengah jumlah spesis mamalia tewas diancam
oleh humanoid-humanoid pada akhir zaman Pleistocene. Perkara ini merupakan
sesuatu malapetaka yang besar dalam sejarah dunia yang mana kesemua humanoid di
seantero planet ini seolah-olah bersatu hati untuk melakukan kerosakan
ekosistem secara besar-besaran.
Ternyata sekali masalah kepupusan yang
disebabkan oleh manusia bukanlah perkara baru di bumi ini, malah telah
dilakukan oleh manusia sebelum Adam lagi. Memanglah patut bumi khuatir dan
tidak enggan menyerahkan tanahnya kepada malaikat untuk dijadikan manusia. Bumi
sememangnya mengetahui akan sifat-sifat manusia yang terdahulu tamak dan
memusnahkan. Kekhuatiran bumi adalah cukup berasas kerana dewasa ini kita
mengulangi semula kerosakan demi kerosakan yang pernah dilakukan oleh manusia
terdahulu. Bukan sahaja pemusnahan spesis haiwan, bahkan lebih teruk;
pembunuhan sesama manusia melalui peperangan, penggunaan senjata pemusnah
besar-besaran, dan sengketa nuklear. Gejala sosial dalam masyarakat pula kian
menjadi-jadi penagihan dadah, pelacuran, jenayah rogol, merompak, dan haruan
makan anak telah menjadi berita-berita yang biasa dan seolah-olah tidak lagi
memanaskan hati masyarakat kita pada hari ini.
. Namun setelah beberapa lama mencungkil
mencari, di sini dapatlah dikumpulkan beberapa dalil dari al-Quran yang
menguatkan pendapat saya tentang kewujudan ‘umat terdahulu’ sebelum Adam A.S.
Al Ankabuut – Ayat 19
Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana
Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya
(kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Al Ankabuut – Ayat 63
Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan
kepada mereka: Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan
dengan air itu bumi sesudah matinya? Tentu mereka akan menjawab: Allah ,
Katakanlah: Segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak
memahami(nya).
Note :
Mereka dalam ayat disini adalah ditujukan
kepada “hamba-hamba Allah SWT”. Dimana mereka-pun adalah hamba-hamba Allah SWT,
yang telah mengalami azab murka Allah SWT , sehingga mereka tentu tahu bahwa
Allah SWT -lah yang menurunkan air . Dan mereka tahu bahwa bumi dihidupkan
kembali dengan air. Mereka tahu semua itu karena memang telah menyaksikan dan
mengalami kehancuran bumi mereka tanpa air.
Al Jin – Ayat 8 & 9
dan sesungguhnya kami telah mencoba
mengetahui (rahasia) langit , maka kami men-dapatinya penuh dengan penjagaan
yang kuat dan panah- panah api,dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki
beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya).
Tetapi sekarang barang siapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu)
tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).
Note :
Sekarang tidak lagi diperkenankan hal itu
, sebab mereka (jinn) sekarang ini hanya diperbolehkan “menumpang” dibumi
manusia . Walaupun manusia secara harfiah dan teknologi , adalah tidak
“secanggih” mereka .
Al Anaam – Ayat 6
Apakah mereka tidak memperhatikan berapa
banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasiitu)
telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum
pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka
dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami
binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka
generasi yang lain.
Note :
Disini dibicarakan mengenai generasi
sebelum anak-cucu Adam AS . Bukanlah kebesaran kaum atau kerajaan manusia
dizaman dahulu . Sebab berapapun besar dan hebatnya kerajaan zaman dahulu ,
masih lebih hebat manusia di zaman kini (Ayat ini adalah ayat yang berlaku
sepanjang masa , bukan ayat yang hanya ditujukan pada suatu umat dizaman
dahulu)
Banyak lagi ayat-ayat yang menekankan
dengan berulang kali , bahwa bumi telah dihidupkan kembali (berulang-kali) dari
matinya . Dimana matinya itu di sebabkan karena tidak di berikannya air / hujan
kepada para pendahulu generasi manusia anak-cucu Adam AS , yang baru berumur
10,00 tahun.
An Nahl – Ayat 65
16:65. Dan Allah menurunkan dari langit
air (hujan) dan dengan air itu di-hidupkan-Nya bumi sesudah matinya.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran
Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran).
Ar Rum – Ayat 24
30:24. Dan di antara tanda-tanda
kekuasaan-Nya , Dia memper lihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan)
ketakutan dan harapan , dan Dia menurunkan hujan dari langit , lalu
menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya . Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan
akal.
Al Hadiid – Ayat 17
57:17. Ketahuilah olehmu bahwa
sesungguhnya Allah menghidupkan bumi sesudah matinya . Sesungguhnya Kami telah
menjelaskan kepadamu tanda-tanda kebesaran (Kami) supaya kamu memikirkannya.
Nabi Muhammad semasa diangkat ke langit
dalam peristiwa IsraQ MikraJ telah diperlihatkan keadaan manusia diazab di
neraka walaupun kiamat belum terjadi. maybe(wallahu’alam) tu adalah seksa yg
dikenakan kat manusia sebelum Adam (generasi Adam sebelum Adam kita) n Nabi
Muhammad saw dan kita adalah pelengkap n penamat kepada siri Adam2 yg telah
diturunkan sebab bumi kita dah tua
NOTA:
Kami berharap agar pembaca dapat membaca
artikel ini dengan hati yang terbuka. Pendapat penulis ini sepatutnya dikaji
lagi oleh para sarjana Islam, tidak hanya menolaknya mentah-mentah.
Sesungguhnya banyak perkara yang masih belum diketahui oleh manusia mengenai
makhluk-makhluk yang pernah mendiami bumi sebelum Adam a.s. Berikut ada satu
ayat buat renungan bersama:
Al-Baqarah 002:30. “Dan (ingatlah) ketika
Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan
berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang
yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal
kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman:
Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar